Keselamatan dan kesihatan

Keselamatan dan kesihatan anda adalah KEUTAMAAN kami.

Walaupun anda terhalang dari meneruskan perjalanan umrah yang anda idam-idamkan selama ini akibat wabak COVID-19, kami tetap menjaga setiap pembayaran yang telah anda amanahkan kepada kami.

Jangan risau, wang anda selamat dengan kami atau dengan syarikat penerbangan, hotel dan sistem visa. Kami berharap anda sabar menunggu sehingga keadaan wabak reda dan Kerajaan Saudi menerima semula kedatangan anda sebagai tetamu Allah ke Makkah dan Madinah.

Apabila keadaan ini berlaku, insya Allah, anda akan diterbangkan semula mengikut pakej umrah yang anda impikan sewaktu anda mula-mula mendaftar.

Kami berterima kasih di atas sokongan serta kesabaran anda bersama-sama kami dalam mengharungi saat-saat mencabar ini.

Akhir kata, kami doakan semoga anda sentiasa berada dalam keberkatan Ilahi sehinggalah perjalanan ibadah umrah yang dicita-citakan tercapai.



loading

Terima kasih kerana memilih Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Sila tunggu sementara kami memuatkan