header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am
home-head
Doa Untuk Jemaah
Umrah/Hajii

بِسْمِ للهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

Ya Allah yang Maha Menyempurnakan segala hajat-hajat kami dan yang Maha Menerima serta Mengqabulkan segala doa-doa kami. Jadikanlah kami hambaMu yang berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat. Kami amat memohon agar jemaah umrah/haji tetamuMu ini diberi lindungan yang sempurna.

Ya Hafiz (yang Maha Menjaga) Ya ‘Alim (yang Maha Mengetahui) berkatilah, peliharalah, serta selamatkanlah harta-harta para jemaah kami (termasuklah rumah dan keluarga mereka) semasa ketiadaan mereka sebagai tetamuMu di Baitullahilharam dan menziarahi kekasihMu di maqam Rasulullah S.A.W di Kota Suci Madinah untuk mendapat syafaat yang paling tinggi.

Ya Allah, Engkau kurniakanlah keberkatan atas segala perbelanjaan yang telah diinfaqkan oleh jemaah kami ke jalanMu ya Allah, dengan menggandakan ganjaran pahala sebanyak 100,000 ganda bagi 1 solat fardhu yang tidak mungkin didapati di tempat lain kecuali di Makkah dan 1000 ganda di Madinah.

Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah perjalanan pergi dan balik jemaah kami, turunkanlah rahmatMu, taufiqMu, barokahMu, pertolonganMu, pemeliharaanMu dan pengawalanMu kepada jemaah kami dengan sempurna dan pohon tidak dibebankan dengan ujian yang menyusahkan.

Ya Allah, anugerahkanlah kepada jemaah kami ilmu yang bermanfaat serta tambahkanlah iman dan taqwa buat para jemaah kami. Anugerahkanlah nikmat kesihatan dan kesembuhan buat para jemaah kami yang sedang diuji dengan kesakitan sebagaimana firmanMu, "dan apabila aku sakit, maka Allah S.W.T yang Maha Menyembuhkan". Berikanlah semangat dan kerajinan jemaah kami untuk sentiasa beribadat dalam dua masjid yang amat mulia itu dan juga masjid setelah kembali ke tanah air.

Ya Allah ya Barriq, permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah mempersulitkan urusan kami serta akhirilah segala urusan kami dengan kesudahan dan pengakhiran yang baik dengan memperolehi umrah/haji yang Maqbulah dengan ganjaran syurga.

Ya Allah, berikanlah panduan kepada kami ke arah pengqabulan doa yang cepat, maka kami memohon kepadaMu mustajabkanlah segera doa-doa dan hajat-hajat kami ya Allah, buktikanlah kepada kami, pencapaian serta hasil dan hajat kami sebagaimana firmanMu "kun fayakun" "jadi, maka jadilah"

اِسْتَجِبِ الّلٰهُمَّ دُعَآءَنَا وَحَقِّقْ فَيكَ رَجَآءَنَا وَأَدْخِلنَا فِى حِرزِ لُطفِكَ اٌلمَصُونِ بِسِرِّقَولِكَ اِنَّمَآ اَمْرُهٓٗ اِذَآ اَرَادَ شَئًْا اَنْ يَّقُوْلَ لَهٗ كُنْ فَيَكُوْنُ سُبْحٰنَ الَّذِيْ بِيَدِهٖ مَلَكُوْتُ كُلِّ شَيْءٍ وَّاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗ وَصَلَّى للهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِه اَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَلَمِيْن

Langgan Buletin Email