09:00 am - 4:00 pm, Monday - Friday

Haji

Penyucian Jiwa Di Tanah Suci

Pakej Haji Andalusia

Haji adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.

Kelebihan Menunaikan Haji

Terdapat pelbagai kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi yang mengerjakan ibadah ini. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه

Bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).” (Riwayat Bukhari).

Harga pakej AND 5, AND 6, AND 7 dan AND 8 adalah berdasarkan kepada tempoh penginapan di hotel Safwah @ setaraf di Makkah antara 25 Zulqaedah 1444H -20 Zulhijjah 1444H. Harga pakej akan bertambah sekiranya jadual kemasukan jemaah ke hotel Makkah lebih awal dari 25 Zulqaedah 1444H atau melebihi 20 Zulhijjah 1444H. Namun, tiada sebarang pengurangan harga sekiranya tempoh menginap di hotel Makkah lebih singkat dari tempoh tersebut.
Pemilihan kod pakej adalah tertakluk kepada kekosongan bilik dan mesti cukup rakan sebilik ketika terpilih.
MAKLUMAT PEMBAYARAN
Deposit RM1,000 Seorang Bagi Jemaah Haji Terpilih Awal.

"Harga Pakej Haji inI adalah TERMASUK Bayaran Haji PJH 1444H/2023M berjumlah RM18,357 yang akan didebitkan terus dari Akaun TH Jemaah Haji PJH." (Tertakluk pada perubahan oleh Pihak TH)
HUBUNGI KAMI
Hj Khairul Sani
017 - 984 4437
Hjh Siti Norhamira
012 - 285 4189
Pn Nur Hayati
017-319 2361