header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am

Madinah Dahulu

Panduan Aturcara Perjalanan Haji Awal - Umum - 40 - 46 Hari

HARI 1

  • Lapor diri di Kompleks Movenpick Hotel & conven!on centre (MHCC): serahan barang cenderahati, check-in bagasi, serahan passport/ tiket kapal terbang, serahan boarding pass (tertakluk kepada peraturan TH dari masa ke semasa).
  • Penerbangan terus ke Madinah.
  • Tiba di lapangan terbang Madinah :- proses imigresen, pengambilan bagasi, proses kastam (dikendalikan oleh pihak TH)
  • Berangkat ke hotel dan check-in :- Pengangkutan bas diuruskan oleh pihak muassasah dan TH.

HARI 2 : Program Ziarah Dalam

  • Raudah
  • Ziarah Makam Rasullullah S.A.W. dan Sahabat
  • Ziarah perkuburan Baqi’

HARI 3 • Aturcara bebas

HARI 4 : Program Ziarah Luar

  • Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, melalui Medan Khandaq dan Pasar Kurma.

HARI 5 – 8 : • Aturcara Bebas • Ceramah agama berjadual

HARI 9 : Ziarah Wada’

  • Bersedia melakukan umrah
  • Bertolak ke Makkah dengan menaiki bas,memakai ihram(wajib).
  • Berniat ihram haji (bagi haji ifrad) atau berniat ihram umrah (bagi haji tamattu’) di Miqat Bir Ali. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5/6 jam dari hotel Madinah ke hotel Makkah.

HARI 9 - 10 : Tiba di Makkah

  • Check-in hotel di Makkah
  • Rehat
  • Melakukan Tawaf Qudum dan Sai’e Haji (jika perlu) bagi Jemaah yang berniat (Haji Ifrad)
  • Melakukan Tawaf Umrah dan Sai’e Umrah serta bergunting (Tahallul) bagi Jemaah haji yang berniat ihram umrah (Haji Tamattu’)

HARI 11 – 12 : Aturcara Bebas

HARI 13 : Program Ziarah di Makkah (Tertakluk kepada perubahan)

  • Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdzlifah, Jamrah di Mina & Masjid Jaaranah (Miqat Umrah)

HARI 14 dan Hari berikutnya :-

  • Aturcara bebas, ceramah agama berjadual dan forum perdana haji.
  • Mengerjakan umrah (pilihan).

08 ZULHIJJAH : Bertolak ke Arafah

  • Memakai ihram dan berniat ihram haji (di hotel penginapan) bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattu’.
  • Jemaah haji yang mengerjakan haji ifrad tidak perlu lagi berniat ihram haji.
  • Bertolak ke Arafah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak muassasah & bermalam di khemah Arafah.

09 ZULHIJJAH : Wukuf di Arafah

  • Berada di khemah
  • Ceramah, khutbah Arafah, beribadat dan melakukan amalan-amalan sepanjang waktu wukuf.
  • Bertolak ke Muzdalifah mengutip anak batu (jika keadaan mengizinkan).

10-12 ZULHIJJAH : Berada di Mina

  • Melontar Jamrah Aqabah dan bergunting (Tahallul Awal)
  • Bermalam di Mina pada malam-malam tasyriq.
  • Melontar 3 jamrah (pada 3 hari tasyriq) – tertakluk kepada jadual yang diberikan oleh pihak muassasah / TH.

13 ZULHIJJAH : Bertolak Ke Makkah selepas melontar 3 Jamrah

  • Berada di Makkah
  • Melakukan tawaf haji dan saie haji bagi yang mengerjakan (haji tamattu’) manakala tawaf ifadah bagi yang mengerjakan (haji ifrad).
  • Selesai urusan ibadat haji.

14 ZULHIJJAH : Di Makkah

  • Acara bebas dan ceramah agama berjadual
  • Melakukan tawaf haji dan saie haji (bagi Jemaah yang masih belum lagi melakukan tawaf haji dan saie haji hendaklah menyelesaikannya secepat yang mungkin).

HARI 45 : Tawaf Wida’

  • Tawaf Wida’
  • Bertolak Ke Lapangan Terbangan Jeddah
  • Penyerahan Passport / Boarding Pass (Diruskan Oleh Pihak Muassasah Dan TH)

HARI 46 : Tiba Di Kuala Lumpur (KLIA)

  • Proses Imigresen
  • Pengambilan bagasi & air zam-zam (Kaunter TH)
  • Proses Kastam
Langgan Buletin Email