header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am

Makkah Dahulu

Panduan Aturcara Perjalanan Haji Akhir - Umum - 40 – 46 Hari

HARI 1

  • Lapor diri di Kompleks Movenpick Hotel & convention centre (MHCC) : serahan barang cenderahati, check-in bagasi, serahan passport/ tiket kapal terbang, serahan boarding pass (tertakluk kepada peraturan TH)
  • Memakai ihram (Wajib) – boleh menukar ihram di Kompleks Movenpick Hotel & convention centre KLIA atau di Masjid KLIA, sebelum jemaah melapor diri di Kaunter Andalusia & TH.
  • Berniat ihram haji (Haji Ifrad) atau berniat ihram umrah (Haji Tamattu’) – semasa berlepas atau 2 jam sebelum tiba terminal haji KAAIA Jeddah (semasa melalui Miqat Qaunul Manazil di udara) serta menjaga pantang larang ihram.
  • Penerbangan terus ke Jeddah.
  • Tiba di Terminal Haji KAAIA Jeddah :- proses imigresen, pengambilan bagasi, proses kastam (Pengangkutan bas ke hotel Makkah disediakan oleh pihak muassasah dan TH).

HARI 2 : Tiba di Makkah

  • Check-in hotel di Makkah
  • Rehat
  • Melakukan Tawaf Qudum dan Sai’e Haji (jika perlu) bagi Jemaah yang berniat (Haji Ifrad)
  • Melakukan Tawaf Umrah dan Sai’e Umrah serta bergunting (Tahallul) bagi Jemaah haji yang berniat ihram umrah (Haji Tamattu’)

HARI 3 • Aturcara bebas & Ceramah agama berjadual

08 ZULHIJJAH : Bertolak ke Arafah

  • Memakai ihram dan berniat ihram haji (di hotel penginapan) bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattu’.
  • Jemaah haji yang mengerjakan haji ifrad tidak perlu lagi berniat ihram haji.
  • Bertolak ke Arafah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak muassasah & bermalam di khemah Arafah.

09 ZULHIJJAH : Wukuf di Arafah

  • Berada di khemah
  • Ceramah, khutbah Arafah , beribadat dan melakukan amalan-amalan sepanjang waktu wukuf.
  • Bertolak ke Muzdalifah mengutip anak batu (jika keadaan mengizinkan).

10-12 ZULHIJJAH : Berada di Mina

  • Melontar Jamrah Aqabah dan bergunting (Tahallul Awal)
  • Bermalam di Mina pada malam-malam tasyriq
  • Melontar 3 jamrah (pada 3 hari tasyriq) – tertakluk kepada jadual yang diberikan oleh pihak muassasah / TH.

13 ZULHIJJAH : Bertolak Ke Makkah selepas melontar 3 Jamrah

  • Berada di Makkah.
  • Melakukan tawaf haji dan saie haji bagi yang mengerjakan (haji tamattu’) manakala tawaf ifadah bagi yang mengerjakan (haji ifrad).
  • Selesai urusan ibadat haji.

14 ZULHIJJAH : Di Makkah

  • Acara bebas dan ceramah agama berjadual
  • Melakukan tawaf haji dan saie haji (bagi Jemaah yang masih belum lagi melakukan tawaf haji dan saie haji hendaklah menyelesaikannya secepat yang mungkin).

HARI 35 : Tawaf Wida’ & Bertolak ke Madinah

  • Tawaf Wida’
  • Bertolak Ke Madinah menaiki Bas.
  • Check-in hotel Madinah

HARI 36 : Program Ziarah Dalam

  • Beribadat di dalam Raudhah
  • Ziarah Makam Rasullullah S.A.W. dan Sahabat.
  • Ziarah perkuburan Baqi’

HARI 37 : Program Ziarah Luar

  • Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, melalui Medan Khandaq dan Pasar Kurma

HARI 38 - 44 : Aturcara Bebas

  • Aturcara bebas
  • Ceramah agama berjadual

HARI 45 : Ziarah Wada’

  • Ziarah Wada’ Makam Rasullullah S.A.W.
  • Check-Out hotel Madinah.
  • Bertolak Ke Lapangan Terbang Madinah.
  • Penyerahan Paspot & Boarding Pass (Diuruskan oleh Pihak Muassasah & TH)
  • Berlepas Ke Kuala Lumpur.

HARI 46 : Tiba Di Kuala Lumpur (KLIA)

  • Proses Imigresen
  • Pengambilan bagasi & air zam-zam (Kaunter TH)
  • Proses Kastam
Langgan Buletin Email