header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am

Makkah Dahulu

Panduan Aturcara Perjalanan Haji Akhir - Umum - 40 – 46 Hari

PERGERAKAN 1 : Makkah Ke Arafah : 08 Zulhijjah

  1. Berniat ihram haji di hotel penginapan bagi bakal haji yang melakukan Haji Tamattu’.
  2. Bermalam di Arafah

PERGERAKAN 2 : Arafah : 09 Zulhijjah

  1. Waktu Wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).
  2. Selepas Maghrib akan bergerak ke Muzdalifah tertakluk mengikut aturan pergerak bas yang ditetapkan oleh Pihak Tabung Haji dan rais maktab.

PERGERAKAN 3 : Muzdalifah : 10 Zulhijjah

  1. Mabit (bermalam) di Muzdalifah ertinya berada sepanjang malam 10 Zulhijjah hingga ke pagi atau berada seketika selepas tengah malam.
  2. Ketika berada di Muzdalifah bakal haji disunatkan mengutip anak-anak batu sekitar 70 biji atau lebih (jika keadaan mengizinkan)

Nota :-
Bergerak ke Mina bergantung kepada aturan giliran bas seperti yang ditetapkan oleh Pihak Tabung Haji dan rais maktab.

PERGERAKAN 4 : Mina : 10 Zulhijjah

  1. Bergerak ke Mina selepas bermabit (bermalam) di Muzdalifah.

Nota :-
Nafar Awal : Perlu bermalam 2 malam di Mina iaitu pada malam 11 & 12 Zulhijjah.
Nafar Thani : Perlu bermalam 3 malam di Mina iaitu pada malam 11, 12 & 13 Zulhijjah.

PERGERAKAN 5 : Jamarat : 10 zulhijjah – 13 Zulhijjah

  1. 10 Zulhijjah melontar jamrah Kubra (7 Biji) dan Bergunting untuk Tahallul Awwal.
  2. 11 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Sugra (7 Biji), Wusta (7 Biji) dan Kubra (7 Biji).
  3. 12 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Sugra (7 Biji), Wusta (7 Biji) dan Kubra (7 Biji). (Nafar Awwal)
  4. 13 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Sugra (7 Biji), Wusta (7 Biji) dan Kubra (7 Biji). (Nafar Thani)

PERGERAKAN 6 : Makkah Al Mukarramah

Kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf dan Saie Haji. “Alhamdulillah, Syukur kepada Allah selesai sudah Hajiku, Aamiin” “Semoga mendapat Haji Mabrur & Umrah Maqbullah, Aamiin”



Rukun Haji
Niat Ihram Haji
Sunat Haji
  1. Mandi sunat ihram
  2. Solat sunat ihram
  3. Talbiah
Wajib Haji
  1. BERIHRAM
  2. Memakai pakaian ihram.
  3. Niat di Miqat (Tanah Haram).
  4. Meninggalkan larangan ihram.
Nota :- Perjalanan ibadah haji di Arafah, Muzdalifah & Mina adalah dikelolakan sepenuhnya oleh Syarikat Tiwafah Asia Tenggara (STAT) dan dipantau oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Waktu pergerakan jemaah melalui pengangkutan bas adalah bergantung kepada giliran bas mengikut undian yang ditetapkan oleh pihak TH serta STAT.
Langgan Buletin Email