Percutian Indonesia – Transjava
Percutian Indonesia – Transjava
TransJava ialah laluan perjalanan darat utama di Pulau Jawa yang menghubungkan bandar-bandar besar dari barat hingga timur. Melalui rangkaian lebuh raya moden ini, pelancong berpeluang menikmati pemandangan sawah hijau, gunung berapi megah dan bandar bersejarah yang tersusun sepanjang perjalanan.
Dikenali sebagai “Jalur Emas Jawa,” TransJava membolehkan pelawat singgah di pelbagai destinasi menarik seperti Jakarta, Bandung, Semarang, Yogyakarta hingga Surabaya. Setiap bandar menawarkan tarikan tersendiri, daripada warisan budaya, pusat membeli-belah moden hinggalah keindahan alam semula jadi. Perjalanan ini sesuai untuk keluarga, kumpulan pelancong mahupun pengembara yang ingin menjelajah secara lebih mendalam.
Selain itu, TransJava juga memperkenalkan pelancong kepada kekayaan kulinari tempatan seperti gudeg Yogyakarta, lumpia Semarang dan sate Madura. Perpaduan akses mudah, tarikan pelbagai serta pengalaman budaya menjadikan TransJava pilihan ideal untuk menjelajah Pulau Jawa secara menyeluruh.
Tempat Menarik di TransJava
Fatahilah Square
Dataran bersejarah di Jakarta dengan bangunan kolonial Belanda klasik.
Monas
Mercu tanda Jakarta
Masjid Istiqlal
Masjid terbesar Asia Tenggara.
Lawang Sewu Semarang
Bangunan bersejarah dengan seribu pintu, simbol kota Semarang.
Borobudur Temple
Candi Buddha terbesar di dunia dengan seni ukiran megah.
Gunung Bromo
Gunung berapi aktif dengan pemandangan sunrise
Ladang Apple Batu Malang
Kebun epal popular untuk melihat tanaman dan hasil tempatan.
Monumen Kapal Selam Surabaya
Monumen bersejarah kapal selam perang, tarikan utama Surabaya.
Aktiviti Menarik di TransJava
Factory Outlet
Dapatkan pakaian berjenama pada harga berpatutan.
Lembang Farm House
Nikmati suasana desa ala Eropah dengan tarikan menarik.
Floating Market
Pasar terapung dengan suasana santai dan pelbagai makanan tempatan.
Pasar Baru
Membeli-belah kain, pakaian dan cenderamata khas Bandung.
Merapi Tour
Pengalaman lasak menaiki jeep meneroka kawasan gunung berapi Merapi.
Malioboro
Jalan terkenal dengan deretan kedai, batik dan makanan.
Bromo Sunrise
Saksikan matahari terbit dan padang savana indah.
Speed Train Jakarta–Bandung
Pengalaman menaiki kereta api laju moden dari Jakarta ke Bandung.
Percutian Indonesia – Transjava
Percutian Indonesia – Transjava
RM 4,198
Percutian Indonesia – Transjava
Percutian Indonesia – Transjava
RM 3,998
Percutian Indonesia – Transjava
Percutian Indonesia – Transjava
RM 3,998
Percutian Indonesia – Transjava
Percutian Indonesia – Transjava
RM 4,398
Soalan Lazim Mengenai Pakej Percutian Muslim (FAQ)
Boleh bawa anak kecil dalam pakej ini?
Ya, semua pakej kami adalah mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. Diskaun khas biasanya disediakan untuk anak kecil, dan penginapan akan diatur mengikut bilangan ahli keluarga.
Adakah makanan halal disediakan sepanjang percutian?
Ya. Semua restoran yang dipilih adalah halal atau Muslim-friendly. Kami juga akan bantu jemaah mencari alternatif halal semasa waktu bebas.
Siapa yang akan pimpin atau bantu sepanjang percutian?
Setiap perjalanan disertai oleh pemandu pelancong Muslim yang berpengalaman. Mereka akan menguruskan logistik, memberi penerangan dan membantu sepanjang lawatan.
Boleh request bilik private untuk pasangan atau keluarga?
Ya. Terdapat pilihan bilik berdua, bertiga atau sebilik keluarga. Sila nyatakan semasa tempahan.
Ada masa bebas untuk aktiviti sendiri atau shopping?
Ya. Setiap pakej mempunyai waktu santai atau bebas pada waktu petang untuk anda berehat, membeli-belah atau menjelajah bandar.
Termasuk visa dan insurans perjalanan?
Sesetengah negara memerlukan visa pelancong. Kami akan bantu urusan permohonan visa dan boleh sediakan insurans perjalanan jika diminta.
Boleh bayar deposit dulu atau ansuran?
Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM300, dan bayaran penuh dijadualkan paling lewat 40 hari sebelum perlepasan.
Apa berlaku jika saya batalkan tempahan?
Polisi pembatalan tertakluk kepada syarikat penerbangan & hotel. Kami akan bantu usahakan refund terbaik atau penukaran tarikh jika boleh.