PAKEJ Percutian Morocco Spain Portugal
Percutian Morocco Spain Portugal
Morocco, Portugal dan Sepanyol ialah destinasi pelancongan mempesona yang menawarkan gabungan sejarah, seni bina indah, budaya kaya serta landskap menakjubkan. Terletak berhampiran Laut Mediterranean dan Atlantik, ketiga-tiganya menjadi pilihan utama pelancong yang ingin merasai keunikan Eropah dan Afrika Utara dalam satu perjalanan.
Morocco dikenali dengan bandar bersejarah seperti Marrakech, Fez dan Chefchaouen yang penuh warna-warni, pasar tradisional serta gurun Sahara yang mengagumkan. Portugal pula menampilkan keindahan Lisbon, Porto dan Algarve dengan seni bina klasik, pantai indah serta suasana santai di tepi laut. Sementara itu, Sepanyol terkenal dengan Barcelona, Madrid, Andalusia dan Seville yang kaya dengan seni, muzik flamenco serta warisan Islam di Alhambra. Gabungan tradisi, moden dan alam semula jadi menjadikan lawatan ke ketiga-tiga destinasi ini pengalaman pelancongan yang lengkap.
Selain itu, Morocco, Portugal dan Sepanyol juga terkenal dengan kulinari unik seperti tagine dan mint tea di Morocco, pastel de nata di Portugal serta tapas dan paella di Sepanyol. Perpaduan sejarah, budaya dan gaya hidup menjadikan Morocco, Portugal dan Sepanyol destinasi percutian yang ideal sepanjang tahun.
Tempat Menarik di Morocco, Portugal & Sepanyol
Aktiviti Menarik di Morocco, Portugal & Sepanyol
Umrah Ziarah Morocco (Cuti Sekolah)
UMRAH ZIARAH MOROCCO CUTI SEKOLAH
Umrah Ziarah Morocco (Cuti Sekolah)
UMRAH ZIARAH MOROCCO CUTI SEKOLAH
Umrah Ziarah Morocco (Musim Biasa)
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
Umrah Ziarah Morocco (Musim Biasa)
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
Umrah Ziarah Morocco (Musim Biasa)
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
Umrah Ziarah Morocco (Musim Biasa)
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
Soalan Lazim Pakej Percutian Muslim
Termasuk visa dan insurans perjalanan?
Sesetengah negara memerlukan visa pelancong. Kami akan bantu urusan permohonan visa dan boleh sediakan insurans perjalanan jika diminta.
Boleh bayar deposit dulu atau ansuran?
Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM300, dan bayaran penuh dijadualkan paling lewat 40 hari sebelum perlepasan.
Boleh bawa anak kecil dalam pakej ini?
Ya, semua pakej kami adalah mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. Diskaun khas biasanya disediakan untuk anak kecil, dan penginapan akan diatur mengikut bilangan ahli keluarga.
Apa berlaku jika saya batalkan tempahan?
Polisi pembatalan tertakluk kepada syarikat penerbangan & hotel. Kami akan bantu usahakan refund terbaik atau penukaran tarikh jika boleh.
Ada masa bebas untuk aktiviti sendiri atau shopping?
Ya. Setiap pakej mempunyai waktu santai atau bebas pada waktu petang untuk anda berehat, membeli-belah atau menjelajah bandar.
Adakah makanan halal disediakan sepanjang percutian?
Ya. Semua restoran yang dipilih adalah halal atau Muslim-friendly. Kami juga akan bantu jemaah mencari alternatif halal semasa waktu bebas.
Siapa yang akan pimpin atau bantu sepanjang percutian?
Setiap perjalanan disertai oleh pemandu pelancong Muslim yang berpengalaman. Mereka akan menguruskan logistik, memberi penerangan dan membantu sepanjang lawatan.
Boleh request bilik private untuk pasangan atau keluarga?
Ya. Terdapat pilihan bilik berdua, bertiga atau sebilik keluarga. Sila nyatakan semasa tempahan.