header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am

Panduan Pakej Haji

Andalusia Travel adalah syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen dibawah Lembaga Tabung Haji (TH).

Maklumat Am

  • Bakal haji perlu mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) terlebih dahulu.
  • Keutamaan diberikan kepada bakal haji status Terpilih (P1) oleh TH.
  • Bagi jemaah berstatus rayuan, hendaklah mengemukakan permohonan rayuan ke TH untuk menunaikan ibadat haji bagi musim haji 1444H/2023M. Peluang atau kelayakan untuk terpilih adalah tertakluk sepenuhnya kepada syarat- syarat serta kouta dari pihak TH.

Pakej Haji Anda Adalah Termasuk

  1. Penerbangan Cater Haji kelas ekonomi, berlepas dari KLIA sahaja.
  2. Penginapan hotel berhawa dingin di Makkah & Madinah.
  3. Sajian Makanan secara buffet Asia 3 Kali sehari di Makkah & Madinah
  4. Khemah penginapan, pengangkutan & penyediaan makan di Arafah & Mina akan dikendalikan oleh Pihak Syarikat Tiwafah Asia Tenggara (STAT) dan dibawah pantauan dari pihak Tabung Haji (TH).
  5. Progam bimbingan haji oleh guru agama berpengalaman di pejabat Andalusia & di hotel Makkah & Madinah.
  6. Program Ziarah di Makkah & Madinah
  7. Bimbingan semasa Tawaf & Sai’e (semasa ketibaan)
  8. Taklimat Khas sebelum berangkat
  9. Perlindungan khas takaful berkelompok.
  10. Pengangkutan bas berhawa dingin disediakan oleh pihak STAT
  11. Bimbingan Umrah di Tanah Suci.
  12. Petugas berpengalaman

Pakej Haji Anda Tidak Termasuk

  1. Perkhidmatan tambahan (porter) di lapangan terbang, terminal haji Jeddah & di hotel Makkah & Madinah.
  2. Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan & lebihan timbangan bagasi.
  3. Sebarang perubahan kadar mata wang asing yang mengakibatkan kenaikan harga pakej haji.
  4. Tiket penerbangan komersil kelas ekonomi & kelas perniagaan dengan tambahan bayaran (Tertakluk kepada kelulusan dari pihak TH)
  5. Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN) disediakan secara pilihan dengan bayaran tambahan (Tertakluk kepada kekosongan serta kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi)

Perkara Am Sebelum Berlepas

  1. Pihak syarikat menyediakan perlindungan insuran berkelompok. Bakal haji adalah dinasihatkan untuk mendapatkan polisi perlindungan insuran peribadi tambahan.
  2. Paspot, tiket kapal terbang & boarding pass akan diberikan semasa urusan lapor diri di Kompleks Tabung Haji Movenpick Sepang atau lain-lain tempat yang akan diberitahu kemudian.
  3. Barangan Cenderahati akan diserahkan selepas terpilih & bayaran deposit.

Penukaran Jadual Perjalanan & Pembatalan

  • Semua bakal haji akan diperuntukkan jadual penerbangan pergi/balik dalam tempoh hari yang ditetapkan. Permohonan untuk sebarang pertukaran tarikh jadual penerbangan semasa di Tanah Suci adalah tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan daripada pihak penerbangan & Pengurusan TH di Tanah Suci.
  • Bakal haji dianggap terkeluar daripada perkhidmatan Pakej Haji Andalusia Travel yang asal sekiranya:-
    1. Bakal Haji Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih atau lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak TH mahupun pihak Andalusia Travel.
    2. Bakal Haji Ingin ke Makkah / Madinah lebih awal atau lewat dari jadual perjalanan rombongan asal yang telah ditetapkan oleh pihak Andalusia Travel. (Pertukaran ini akan melibatkan bayaran tambahan untuk sewaan hotel penginapan serta pengangkutan persendirian yang agak tinggi jumlahnya bergantung kepada keadaan semasa)
  • Pembatalan pakej haji tertakluk kepada syarat-syarat Andalusia Travel serta TH.

Pengecualian Tanggungjawab

  1. Pihak Andalusia Travel tidak akan bertanggungjawab ke atas Force Majeure seperti kemalangan, bencana alam, kebakaran, rusuhan, peperangan, ribut, gempa bumi atau apa apa jua yang berlaku bukan dalam kawalan kuasa pihak Andalusia Travel.
Langgan Buletin Email