header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am
home-head
PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH

Sekiranya berlaku kematian antara dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Petugas Andalusia Haramain akan memaklumkan berita kematian kepada pengurusan Andalusia di HQ untuk makluman keluarga.
  2. Surat pengesahan kematian pihak hospital.
  3. Salinan passport dan visa si mati.
  4. Salinan passport visa waris.
  5. Surat izin kebumi yang ditandatangani oleh waris.
  6. Surat daripada pihak polis jika kematian berlaku dalam bilik/timbul keraguan munasabah.
  7. Hantarkan kepada pihak konsulat untuk pihak konsulat sediakan surat kebenaran kebumi
    • Dokumen perlu di emelkan kepada konsulat jika berlaku kematian di Madinah.
    • Dokumen perlu di hantarkan kepada konsulat jika berlaku kematian di Makkah / Jeddah.
  8. Salinan passport petugas/Petugas Andalusia Haramain yang mengendalikan urusan jenazah si mati.
  9. Bawa kesemua dokumen ke balai polis untk dapatkan surat kebenaran tuntutan jenazah di bilik mayat untuk di bawa ke tempat mandian.
  10. Bawa kesemua dokumen ke bilik mayat untuk tuntut jenazah dan dibawa ketempat mandian untuk urusan mandi jenazah.
  11. Selesai mandian, jenazah akan di bawa ke Masjid Nabawi/Masjidil Haram untuk disolatkan kemudian dikebumikan.
  12. Selesai urusan pengebumian, Petugas Andalusia Haramain perlu dapatkan nombor kubur & nombor block kubur.
  13. Petugas Andalusia Haramain perlu ingatkan pihak muasasah agar segera dapatkan Sijil kematian@Syahadah Wafah si mati dalam bahasa arab di bahagian pendaftaran kelahiran & kematian.
  14. Petugas Andalusia Haramain akan hantar kepada konsulat di Jeddah dan pihak konsulat akan terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan pengiriman oleh konsulat kepada Wisma putra, Putrajaya, MALAYSIA

Galeri Pengurusan Jenazah Andalusia

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Langgan Buletin Email