header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am

Panduan Syarat-Syarat Pendaftaran

Syarat-syarat Pendaftaran

  • Bakal haji perlu mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) terlebih dahulu.
  • Keutamaan diberikan kepada bakal haji status Terpilih (P1) oleh TH.
  • Bagi jemaah berstatus rayuan, hendaklah mengemukakan permohonan rayuan ke TH untuk menunaikan ibadat haji bagi musim haji 1444H/2023M. Peluang atau kelayakan untuk terpilih adalah tertakluk sepenuhnya kepada syarat-syarat serta kouta dari pihak TH.

Borang Pendaftaran Haji Andalusia Travel

  • Hendaklah diisi dengan lengkap termasuk alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor akaun TH, tarikh dan nombor pendaftaran haji.
  • Isi butir-butir keluarga yang pergi Bersama dengan lengkap.
  • Isikan ruangan maklumat waris dengan lengkap yang mudah untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan.
  • Sertakan 3 keping gambar ukuran visa dan juga salinan paspot.
  • Kemukakan Salinan Slip Pendaftaran Haji (yang dikeluarkan oleh pihak TH).
  • Kemukakan surat tawaran TERPILIH (P1) bagi bakal haji yang terpilih.

Borang PJH-ADTT-1444H (SW07) - Borang Cap Jari

  • Setiap bakal haji bertanggungjawab untuk mencukupkan bayaran Wang Naik Haji PJH yang ditetapkan oleh pihak TH. Bayaran ini akan didebitkan dari akaun TH setiap bakal haji terpilih.
  • Bagi bakal haji yang telah Terpilih (P1) bayaran pendahuluan (deposit) RM1,000 semasa pendaftaran.

Terma Pembayaran Pakej Haji PJH Andalusia Travel

  • Hendaklah mengisi borang (SW07) dengan lengkap dalam 1 salinan.
  • Cap ibu jari kiri serta tandatangan hendaklah diturunkan di ruangan yang disediakan sebagai tanda perakuan memahami segala syarat-syarat penerimaan tawaran pakej dengan menggunakan inkpad warna hitam sahaja.
  • Dilarang sama sekali menggunakan stamp pad atau warna selain dari warna hitam.
  • Tidak dibenarkan menurunkan cap jari & tandatangan bagi pihak bakal haji lain yang tidak dapat hadir semasa pendaftaran.

Jadual Penerbangan Bakal Haji

  • Jadual Penerbangan bakal haji akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari TH.
  • Bakal haji tidak dibenarkan (oleh pihak TH) memilih tarikh penerbangan sendiri.
  • Bakal haji akan diperuntukan jadual penerbangan pergi/balik dalam tempoh hari yang ditetapkan.
  • Bakal haji diberikan pilihan untuk menaiki penerbangan komersial kelas peniagaan dengan kos tambahan serta tertakluk kepada kelulusan dari pihak TH.

Terma Syarat Pilihan Pakej Haji

  • Kepada bakal haji berstatus rayuan sekiranya pakej pilihan tiada kekosongan semasa tempahan dibuat (SETELAH TERPILIH) atau tiada pasangan diakhir penyusunan bilik penginapan bakal jemaah haji berstatus rayuan hendaklah bersetuju untuk menerima mana-mana pakej pilihan yang masih ada kekosongan.

Terma Syarat Pilihan Pakej Haji

  • Kepada bakal haji berstatus rayuan sekiranya pakej pilihan tiada kekosongan semasa tempahan dibuat (SETELAH TERPILIH) atau tiada pasangan diakhir penyusunan bilik penginapan bakal jemaah haji berstatus rayuan hendaklah bersetuju untuk menerima mana-mana pakej pilihan yang masih ada kekosongan.

Terma Syarat Pengurusan Haji Di Tanah Suci

  • Khemah Arafah Dan Mina - Dibawah Kawal Selia Pihak Syarikat Tiwafah Asia Tenggara (STAT)
  • Pengangkutan Arafah, Mina Dan Mudzalifah - Dibawah Kawal Selia Pihak Syarikat Tiwafah Asia Tenggara (STAT)
  • Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN) - Disediakan secara pilihan dengan tambahan bayaran (Tertakluk kepada kekosongan serta kelulusan dari pihak berkuasa Arab Saudi)

Menarik Diri Dari Pakej Andalusia Ke PJH Lain/TH Muassasah

  • Bakal haji yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan haji pakej Andalusia Travel tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai Pakej Haji syarikat lain atau mengikuti kaedah TH Muassasah.
  • Jika bakal haji menarik diri atau membatalkan pemergian ke Tanah Suci tanpa alasan munasabah setelah borang PJH-ADTT-1444H (SW07) disahkan oleh pihak TH, pihak Andalusia Travel akan mengenakan bayaran gantirugi / kos operasi yang akan diputuskan oleh pihak Lembaga Pengarah Andalusia Travel berdasarkan jadual ke 4 Akta Industri Pelancongan 1992.
Langgan Buletin Email