header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am
home-head
Tips Memilih Agensi
Pelancongan Terbaik

1. Pastikan ia agensi pelancongan berlesen

Semakan boleh dibuat, melalui laman web rasmi MOTAC https://www.motac.gov.my/semakan/tobtab.

2. Pastikan ia agensi pelancongan yang dipercayai.

Dapatkan rujukan dari facebook atau saluran media sosial lain, input dari rakan atau saudara yang pernah mengikuti pakej mereka.

Andainya banyak pujian, sudah tentu syarikat tersebut bagus, manakala andai ada seorang dua yang tidak berpuas hati. Itu perkara biasa,

Jadi kita tengok pula sama ada ianya kes terpencil atau kes regular. Jika kes terpencil kita boleh simpan tepi kerana ia hanya mewakili peratusan kecil sahaja daripada respons keseluruhan. Boleh juga tengok komen follower atau review page. Jika ramai yang menjadi regular customer bermakna agensi ini juga bagus sehingga kerap kali dipilih untuk trip ulangan.

3. Pastikan pakej bersesuaian dengan kehendak percutian anda

Teliti waktu penerbangan; perlu tahu penerbangan jam berapa dan perjalanan mengambil masa berapa lama, mudah untuk anda merancang dari awal.
Semak dengan harga yang ditawarkan apa yang termasuk dan "dak termasuk. Ini bagi membantu anda untuk menjangkakan ‘Kos Tersembunyi’ yang perlu ditambah semasa trip nanti".
Teliti waktu penerbangan; perlu tahu penerbangan jam berapa dan perjalanan mengambil masa berapa lama, mudah untuk anda merancang dari awal.
Semak dengan harga yang ditawarkan apa yang termasuk dan "dak termasuk. Ini bagi membantu anda untuk menjangkakan ‘Kos Tersembunyi’ yang perlu ditambah semasa trip nanti".

4. Lakukan pembayaran ke akaun syarikat BUKAN akaun individu

5. Fahami semua terma dan syarat.

Ini penting terutamanya apabila melibatkan pertukaran dan pembatalan. Setiap pelancong Malaysia dilindungi oleh Akta Industri Pelancongan 1992. Boleh jadikan Akta ini sebagai rujukan.

Ingatlah! Jangan putuskan untuk mengikut trip sesebuah syarikat agensi pelancongan hanya kerana mereka menawarkan harga yang rendah. Setiap harga pakej pelancongan dalam dan luar negara ditentukan oleh banyak faktor. Antaranya adalah penerbangan, hotel dan makanan. Ketiga-tiga benda ni agak penting semasa di sana.

Jangan kerana harga yang murah, keadaan penerbangan samada transit banyak kali atau penerbangan terus, makan minum dan tidur kita di sana terabai. Selain itu, Insuran perjalanan, Tips pemandu pelancong, dan tambang masuk ke setiap tempat di sana juga akan membezakan harga sesuatu pakej pelancongan. Jadi pastikan anda tahu semua tentang perkara-perkara di atas untuk menjustifikasikan harga yang ditetapkan.
Moga tips ini dapat memberi anda gambaran macamana nak memilih agensi travel terbaik untuk anda melancong ke luar negara. Melanconglah dengan gembira, bukan merana.
Langgan Buletin Email