header_logo
icon6
Home
icon1
Umrah
icon1
Umrah Ziarah
icon1
Umrah VIP
icon1
Haji
icon1
Tiket
icon1
Pelancongan
Maklumat Am
home-head
Trivia Pelancongan

Tahukah Anda?

Istanbul

Ramai yang menyangkakan bahawa Istanbul adalah Ibu Kota kepada Turkiye, tetapi yang sebenarnya tidak. Walaupun Istanbul merupakan sebuah bandar yang moden dan besar, Istanbul bukanlah Ibu Kota kepada Turkiye. Ibu Kota kepada Negara yang bersejarah ini sebenarnya adalah Ankara.

Korea

Pulau Nami adalah tempat di mana salah satu babak yang dirakam dalam K-Drama Korea yang pertama ditayangkan di Malaysia iaitu drama “Winter Sonata” pada tahun 2002.

Jepun

Tahukah anda bahawa Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3776m dan menjadi gunung yang paling banyak di daki di dunia. Saban tahun hampir 300,000 pendaki yang akan mendaki di gunung ini.

Pakistan

Tahukah anda bahawa Karakoram Highway adalah jalan beraspal tertinggi di dunia yang menghubungkan wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan dan Silk Road di China.
Di Pakistan juga mempunyai ATM tertinggi di dunia iaitu ketinggian 16,007 kaki di atas permukaan laut. Ia terletak di sempadan Khunjerab, Pakistan.

Medan

“Lake Toba” yang terletak di Medan, Indonesia adalah tasik kawah gunung berapi terbesar di dunia dan di iktiraf sebagai tasik yang paling dalam di dunia.

Jogyakarta

Borobudur ialah kuil Buddha yang terletak di desa Borobudur, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Ianya adalah kuil dan monument terbesar di dunia.

Vietnam

Tahukah anda, Vietnam merupakan negara yang diranking kedua pengguna motosikal paling banyak di Dunia setelah Indonesia sebagai kenderaan utama mereka. Populasi lebih 45 juta penduduk mereka yang menggunakan kenderaan ini setiap hari.

Mesir

Piramid Giza merupakan pyramid pertama yang dibina sekitar 2550 B.C. Ia adalah yang terbesar di Giza dan menjulang kira-kira 481 kaki (147 meter) di atas dataran tinggi. Dianggarkan 2.3 juta bongkah batu setiap satu mempunyai berat purata 2.5 hingga 15 tan.

Jordan

Laut Mati ialah laut yang mempunyai air yang sangat masin, sehingga tiada satu hidupan yang mampu hidup di laut ini. Laut ini menyimpan peristiwa bencana alam yang amat dahsyat.

Baitulmuqaddis

Ramai yang menyangkakan bahawa apabila mereka dah tiba di “Dome Of The Rock”, mereka telah tiba di Masjid Al-Aqsa, tetapi sebenarnya tidak. Saidina Umar membina tempat solat bagi orang-orang Islam iaitu Masjid Al Aqsa pada arah selatan dari Dome of the Rock. Inilah yang dinamakan Masjid Al-Aqsa.

Switzerland

Ramai yang menyangkakan Zurich ialah Ibu Negara kepada Switzerland, walaupun Zurich ialah kota bandaraya yang terbesar di Switzerland, Ibu Negara bagi Switzerland ialah Bern.
Langgan Buletin Email