umrah ziarah ABU DHABI HALFDAY cuti sekolah
umrah ziarah ABU DHABI HALFDAY cuti sekolah
Rasai keanggunan ibu kota Emiriah Arab Bersatu yang terkenal dengan keindahan seni bina Islam dan kemodenan yang menakjubkan. Lawatan ke Masjid Sheikh Zayed (Grand Mosque) membuka peluang untuk menghayati keindahan dan ketenangan masjid terbesar di negara ini. Nikmati juga pengalaman bergambar di Ferrari World Abu Dhabi, destinasi ikonik yang mempamerkan keunikan dunia automotif berprestij. Abu Dhabi menjanjikan gabungan harmoni antara keindahan rohani dan kemewahan moden sebelum meneruskan perjalanan ke Dubai yang penuh pesona
Tempat dan Akviti Menarik
Ferrari World
Taman tema ikonik di Abu Dhabi dengan seni bina futuristik berbentuk logo Ferrari.
Masjid Sheikh Zayed (Photo Stop)
Masjid megah dengan kubah putih dan seni bina Islam yang menakjubkan.
Wahat Al Karama (Photo Stop)
Tugu peringatan indah menghormati wira negara dengan latar Masjid Sheikh Zayed.
Yas Island (Photo Stop)
Destinasi hiburan moden dengan tarikan seperti Ferrari World dan Yas Mall.
Qasr Al Watan
Istana kebangsaan mempamerkan seni bina mewah serta warisan kepimpinan Emiriah Arab Bersatu.
World Trade Center
Mercu tanda perniagaan terkenal yang menonjol dengan reka bentuk moden dan pusat beli-belah.
No related interesting umrah ziarah activities found.
UMRAH ZIARAH MOROCCO cuti sekolah
UMRAH ZIARAH MOROCCO CUTI SEKOLAH
UMRAH ZIARAH MOROCCO cuti sekolah
UMRAH ZIARAH MOROCCO CUTI SEKOLAH
UMRAH ziarah morocco musim biasa
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
UMRAH ziarah morocco musim biasa
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
UMRAH ziarah morocco musim biasa
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
UMRAH ziarah morocco musim biasa
UMRAH ZIARAH MOROCCO MUSIM BIASA
Soalan Lazim Mengenai Pakej Percutian Muslim (FAQ)
Boleh bawa anak kecil dalam pakej ini?
Ya, semua pakej kami adalah mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. Diskaun khas biasanya disediakan untuk anak kecil, dan penginapan akan diatur mengikut bilangan ahli keluarga.
Adakah makanan halal disediakan sepanjang percutian?
Ya. Semua restoran yang dipilih adalah halal atau Muslim-friendly. Kami juga akan bantu jemaah mencari alternatif halal semasa waktu bebas.
Siapa yang akan pimpin atau bantu sepanjang percutian?
Setiap perjalanan disertai oleh pemandu pelancong Muslim yang berpengalaman. Mereka akan menguruskan logistik, memberi penerangan dan membantu sepanjang lawatan.
Boleh request bilik private untuk pasangan atau keluarga?
Ya. Terdapat pilihan bilik berdua, bertiga atau sebilik keluarga. Sila nyatakan semasa tempahan.
Ada masa bebas untuk aktiviti sendiri atau shopping?
Ya. Setiap pakej mempunyai waktu santai atau bebas pada waktu petang untuk anda berehat, membeli-belah atau menjelajah bandar.
Termasuk visa dan insurans perjalanan?
Sesetengah negara memerlukan visa pelancong. Kami akan bantu urusan permohonan visa dan boleh sediakan insurans perjalanan jika diminta.
Boleh bayar deposit dulu atau ansuran?
Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM300, dan bayaran penuh dijadualkan paling lewat 40 hari sebelum perlepasan.
Apa berlaku jika saya batalkan tempahan?
Polisi pembatalan tertakluk kepada syarikat penerbangan & hotel. Kami akan bantu usahakan refund terbaik atau penukaran tarikh jika boleh.