Senarai Pakej Umrah Ziarah
2026/2027
Perjalanan Suci Anda Memerlukan
Pengurusan Yang Terbukti.
Setiap langkah di Tanah Suci amat bernilai. Tanpa perancangan operasi yang rapi, ketenangan ibadah boleh terganggu.
Di Andalusia, kami meletakkan jaminan ketenangan minda anda di tempat pertama.
Disokong oleh rekod cemerlang 35 tahun, pengiktirafan penuh badan berautoriti, dan sistem logistik tertutup, kami memastikan setiap fasa perjalanan anda, dari taklimat di Malaysia hingga tawaf wida’ terurus dengan sempurna dan menepati syarak.
Pakej Umrah Ziarah Terkini
Kenapa ramai pilih pakej umrah Andalusia?
- Mutawwif terlatih & mesra jemaah
- Disenaraikan oleh Muassasah Saudi
- 23+ tahun pengalaman dalam bimbingan umrah
- Lebih 800 ribu jemaah dikendalikan sejak 2002
- Pakej sepanjang tahun mengikut musim & bajet
- Khidmat pelanggan yang mesra & professional
- Diiktiraf Kementerian Pelancongan & Tabung Haji
Pakej Termasuk:
- Makan 3 kali sehari
- Visa Umrah + insurans COVID-19
- Umrah 3 kali dibimbing mutawwif
- Penginapan di hotel (Makkah dan Madinah)
- Tiket penerbangan pergi balik (kelas ekonomi)
- Cenderahati: sejadah Raudhah, beg, kurma Ajwa
Pakej Tidak Termasuk:
- Porter airport dan hotel
- Kos pengangkutan ke KLIA pergi dan balik
- Kos tambahan seperti teksi atau urusan peribadi
- Haramain speed train dan seat business class
- Kerosakan atau kehilangan bagasi atau barang peribadi
- Dokumen seperti passport, gambar, suntikan umrah ACYW135
Baca Blog Umrah Kami
Cara Tawaf Umrah : Tertib, Syarat & Doa Tawaf
Syarat Sah Umrah : Panduan Lengkap Untuk Lelaki & Wanita
Perbezaan Umrah dan Haji : Hukum, Waktu & Rukun (Infografik)
Soalan Lazim Mengenai Umrah (FAQ)
Boleh bayar deposit dulu atau ansuran?
Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM300, dan bayaran penuh dijadualkan paling lewat 40 hari sebelum perlepasan.
Boleh bawa anak kecil dalam pakej ini?
Ya, semua pakej kami adalah mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. Diskaun khas biasanya disediakan untuk anak kecil, dan penginapan akan diatur mengikut bilangan ahli keluarga.
Termasuk visa dan insurans perjalanan?
Sesetengah negara memerlukan visa pelancong. Kami akan bantu urusan permohonan visa dan boleh sediakan insurans perjalanan jika diminta.
Adakah Andalusia Travel boleh dipercayai?
Ya. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd adalah peneraju dalam pakej umrah di Malaysia sejak tahun 2002.
Andalusia juga mempunyai jaringan pajakan hotel di Mekah & Madinah.
Ini termasuk pajakan penerbangan menjadikan isu jemaah & pelancong terkandas adalah minimum.
Mutawif & tour leader kami juga menjalani latihan yang ketat & berpengalaman menguruskan rakyat Malaysia di luar negara.
Apa berlaku jika saya batalkan tempahan?
Polisi pembatalan tertakluk kepada syarikat penerbangan & hotel. Kami akan bantu usahakan refund terbaik atau penukaran tarikh jika boleh.
Makanan halal disediakan sepanjang percutian?
Ya. Semua restoran yang dipilih adalah halal atau Muslim-friendly. Kami juga akan bantu jemaah mencari alternatif halal semasa waktu bebas.
Ada masa bebas untuk aktiviti sendiri & shopping?
Ya. Setiap pakej mempunyai waktu santai atau bebas pada waktu petang untuk anda berehat, membeli-belah atau menjelajah bandar.
Siapa yang akan pimpin / bantu sepanjang percutian?
Setiap perjalanan disertai oleh pemandu pelancong Muslim yang berpengalaman. Mereka akan menguruskan logistik, memberi penerangan dan membantu sepanjang lawatan.
Boleh request bilik private untuk pasangan atau keluarga?
Ya. Terdapat pilihan bilik berdua, bertiga atau sebilik keluarga. Sila nyatakan semasa tempahan.
PERCUMA! E-Book Panduan Umrah Andalusia Travel & Tours
Dapatkan E-book Panduan Percuma Umrah sekarang Panduan lengkap untuk persediaan ibadah Umrah anda. Sesuai untuk jemaah pertama kali atau yang ingin lebih tersusun dan tenang sepanjang perjalanan suci ke Tanah Haram.