Turki, atau Türkiye, ialah sebuah negara rentas benua yang menghubungkan Eropah dan Asia Barat, dipisahkan oleh Selat Bosphorus.
Negara ini tersenarai antara destinasi pelancongan terpopuler di dunia kerana kekayaan sejarah tamadunnya sejak ribuan tahun hingga ke era pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah. Ankara merupakan ibu negara Türkiye moden, yang kini mempunyai 81 wilayah dengan populasi sekitar 84 juta orang.
Antara lokasi menarik di Türkiye ialah Konya, Bursa, Ankara, Uludağ, Pamukkale, Cappadocia dan Istanbul. Aktiviti popular termasuk menaiki pelayaran (cruise) di Selat Bosphorus, menaiki belon udara panas di Cappadocia, menikmati Festival Tulip di Taman Göztepe, serta bermain salji dan ski di Uludağ Ski Resort.