Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Jakarta dan Bandung ialah dua destinasi utama di Pulau Jawa yang menawarkan kombinasi moden, budaya dan alam semula jadi. Terletak hanya beberapa jam perjalanan antara satu sama lain, kedua-duanya menjadi pilihan pelancong yang ingin merasai suasana kota besar dan percutian santai di dataran tinggi.
Jakarta, ibu negara Indonesia, dikenali sebagai pusat perniagaan, hiburan dan membeli-belah dengan tarikan moden serta warisan sejarah seperti Monas dan Kota Tua. Sementara itu, Bandung yang digelar “Paris van Java” terkenal dengan iklim sejuk, pemandangan gunung, ladang teh serta deretan factory outlet yang menjadi tarikan pembeli. Gabungan bandar metropolitan dan suasana alam ini sesuai untuk keluarga, pasangan ataupun pengembara solo.
Selain itu, kedua-dua destinasi ini juga terkenal dengan kulinari tempatan seperti kerak telor, soto Betawi di Jakarta serta batagor dan mie kocok di Bandung. Perpaduan gaya hidup moden, keindahan alam dan budaya menjadikan Jakarta dan Bandung destinasi percutian yang ideal sepanjang tahun.
Tempat Menarik di Jakarta & Bandung
Monumen Nasional (Monas)
Mercu tanda ikonik Jakarta, simbol perjuangan bangsa
Fatahillah Square
Dataran bersejarah dengan bangunan kolonial Belanda klasik di Jakarta.
Kawah Putih
Tasik kawah gunung berapi dengan air berwarna putih kehijauan.
Strawberry Farm
Ladang buah segar, aktiviti memetik, pemandangan hijau, dan pengalaman keluarga menyeronokkan.
The Lodge Maribaya
Resort alam dengan aktiviti outdoor dan spot foto menarik di Bandung.
Whoosh high-speed train
Kereta api laju moden menghubungkan Jakarta–Bandung dengan pengalaman perjalanan pantas dan selesa.
Hobbit House
Rumah unik berinspirasikan dunia fantasi, lokasi bergambar menarik dengan suasana dongeng.
Pasar Terapung
Pasar terapung unik menawarkan makanan tradisional, pemandangan indah, dan pengalaman santai sekeluarga.
Aktiviti Menarik di Jakarta & Bandung
Monas
Monumen Nasional megah simbol perjuangan dan kemerdekaan Indonesia.
Gedung Sate
Bangunan ikonik Bandung berciri seni bina kolonial bercampur tempatan.
Rumah Mode
Pusat membeli-belah fesyen dan kain sulam tempatan di Bandung.
Glamping Lakeside
Destinasi percutian dengan pemandangan tasik indah dan sejuk.
Cidabuyut Shoe Center
Terkenal dengan kasut buatan tangan, rekaan kreatif, kualiti tinggi, dan pengalaman membeli-belah menarik.
Farm House
Suasana desa ala Eropah dengan rumah miniatur dan taman.
Pasar Baru Wholeseller Market
Menarik pengunjung dengan barangan murah, tekstil, aksesori, dan suasana membeli-belah tradisional.
Speed Train Jakarta–Bandung
Pengalaman menaiki kereta api laju moden menghubungkan dua bandar besar.
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
RM 2,498
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
RM 2,598
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
RM 2,498
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
RM 2,598
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
RM 2,498
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
Percutian Indonesia – Jakarta Bandung
RM 2,398
Soalan Lazim Mengenai Pakej Percutian Muslim (FAQ)
Boleh bawa anak kecil dalam pakej ini?
Ya, semua pakej kami adalah mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. Diskaun khas biasanya disediakan untuk anak kecil, dan penginapan akan diatur mengikut bilangan ahli keluarga.
Adakah makanan halal disediakan sepanjang percutian?
Ya. Semua restoran yang dipilih adalah halal atau Muslim-friendly. Kami juga akan bantu jemaah mencari alternatif halal semasa waktu bebas.
Siapa yang akan pimpin atau bantu sepanjang percutian?
Setiap perjalanan disertai oleh pemandu pelancong Muslim yang berpengalaman. Mereka akan menguruskan logistik, memberi penerangan dan membantu sepanjang lawatan.
Boleh request bilik private untuk pasangan atau keluarga?
Ya. Terdapat pilihan bilik berdua, bertiga atau sebilik keluarga. Sila nyatakan semasa tempahan.
Ada masa bebas untuk aktiviti sendiri atau shopping?
Ya. Setiap pakej mempunyai waktu santai atau bebas pada waktu petang untuk anda berehat, membeli-belah atau menjelajah bandar.
Termasuk visa dan insurans perjalanan?
Sesetengah negara memerlukan visa pelancong. Kami akan bantu urusan permohonan visa dan boleh sediakan insurans perjalanan jika diminta.
Boleh bayar deposit dulu atau ansuran?
Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM300, dan bayaran penuh dijadualkan paling lewat 40 hari sebelum perlepasan.
Apa berlaku jika saya batalkan tempahan?
Polisi pembatalan tertakluk kepada syarikat penerbangan & hotel. Kami akan bantu usahakan refund terbaik atau penukaran tarikh jika boleh.