Melancong ke Maldives 2026
Pakej percutian ke Maldives bersama Andalusia menawarkan pengalaman percutian tropika yang eksklusif dan mendamaikan, lengkap dengan kemudahan mesra Muslim termasuk jaminan makanan halal dan penjagaan waktu solat.
Nikmati keindahan perairan laut yang jernih bak kristal dan pasir pantai putih bersih di pelbagai resort kepulauan mewah, serta terokai keunikan budaya masyarakat tempatan di pulau seperti Maafushi dan ibu kota Male.
Antara aktiviti kemuncak yang menanti termasuklah bersantai di vila atas air yang ikonik, melakukan aktiviti selam permukaan (snorkeling) untuk menerokai keindahan hidupan marin, serta menyertai pelayaran senja melihat ikan lumba-lumba.
Dengan perancangan logistik yang teratur, percutian ke pulau syurga ini pastinya memberikan ketenangan maksimum.
Senarai Pakej Percutian
Maldives ialah destinasi tropika yang terkenal di seluruh dunia dengan gabungan pulau peribadi mewah dan pulau tempatan yang autentik.
Soalan Lazim Pakej Percutian Muslim
Boleh bayar deposit dulu atau ansuran?
Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM300, dan bayaran penuh dijadualkan paling lewat 40 hari sebelum perlepasan.
Termasuk visa dan insurans perjalanan?
Sesetengah negara memerlukan visa pelancong. Kami akan bantu urusan permohonan visa dan boleh sediakan insurans perjalanan jika diminta.
Boleh bawa anak kecil dalam pakej ini?
Ya, semua pakej kami adalah mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. Diskaun khas biasanya disediakan untuk anak kecil, dan penginapan akan diatur mengikut bilangan ahli keluarga.
Apa berlaku jika saya batalkan tempahan?
Polisi pembatalan tertakluk kepada syarikat penerbangan & hotel. Kami akan bantu usahakan refund terbaik atau penukaran tarikh jika boleh.
Ada masa bebas untuk aktiviti sendiri atau shopping?
Ya. Setiap pakej mempunyai waktu santai atau bebas pada waktu petang untuk anda berehat, membeli-belah atau menjelajah bandar.
Adakah makanan halal disediakan sepanjang percutian?
Ya. Semua restoran yang dipilih adalah halal atau Muslim-friendly. Kami juga akan bantu jemaah mencari alternatif halal semasa waktu bebas.
Siapa yang akan pimpin atau bantu sepanjang percutian?
Setiap perjalanan disertai oleh pemandu pelancong Muslim yang berpengalaman. Mereka akan menguruskan logistik, memberi penerangan dan membantu sepanjang lawatan.
Boleh request bilik private untuk pasangan atau keluarga?
Ya. Terdapat pilihan bilik berdua, bertiga atau sebilik keluarga. Sila nyatakan semasa tempahan.