Pakej VIETNAM 2026
Pakej percutian ke Vietnam bersama Andalusia menawarkan pengembaraan mempesonakan ke destinasi yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan warisan kebudayaan, disertakan dengan jaminan kemudahan mesra Muslim yang komprehensif.
Terokai pelbagai destinasi ikonik bermula dari kerancakan bandar bersejarah Ho Chi Minh dan Hanoi, sehinggalah ke keindahan formasi batu kapur yang menakjubkan di tapak warisan dunia Halong Bay. Anda juga berpeluang menikmati pesona landskap bukit-bukau menghijau di kawasan tanah tinggi.
Antara aktiviti kemuncak yang menanti termasuklah menyusuri keunikan delta Sungai Mekong, membeli-belah tekstil, kain sutera, dan kraf tangan di syurga beli-belah Pasar Ben Thanh, serta menikmati keaslian kopi Vietnam.
Dengan pengurusan logistik yang rapi, kembara ke bumi Asia Tenggara ini menjanjikan pengalaman percutian yang selesa dan bermakna.
Senarai Pakej Percutian
Dalat dan Ho Chi Minh ialah dua destinasi unik di Vietnam yang menawarkan pengalaman berbeza tetapi saling melengkapi. Terletak
Danang dan Hue ialah destinasi ikonik di Vietnam yang semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa. Terletak di pesisir Laut China
Pakej percutian ke Hanoi, Sapa, dan Halong Bay bersama Andalusia menawarkan pengembaraan yang menyegarkan ke utara Vietnam, menggabungkan keindahan landskap
Phu Quoc ialah pulau peranginan tropika terbesar di Vietnam yang semakin popular dalam kalangan pelancong antarabangsa. Terletak di Teluk
Soalan Lazim Pakej Percutian Muslim
Boleh bayar deposit dulu atau ansuran?
Tempahan boleh dibuat dengan deposit serendah RM300, dan bayaran penuh dijadualkan paling lewat 40 hari sebelum perlepasan.
Termasuk visa dan insurans perjalanan?
Sesetengah negara memerlukan visa pelancong. Kami akan bantu urusan permohonan visa dan boleh sediakan insurans perjalanan jika diminta.
Boleh bawa anak kecil dalam pakej ini?
Ya, semua pakej kami adalah mesra keluarga dan sesuai untuk kanak-kanak. Diskaun khas biasanya disediakan untuk anak kecil, dan penginapan akan diatur mengikut bilangan ahli keluarga.
Apa berlaku jika saya batalkan tempahan?
Polisi pembatalan tertakluk kepada syarikat penerbangan & hotel. Kami akan bantu usahakan refund terbaik atau penukaran tarikh jika boleh.
Ada masa bebas untuk aktiviti sendiri atau shopping?
Ya. Setiap pakej mempunyai waktu santai atau bebas pada waktu petang untuk anda berehat, membeli-belah atau menjelajah bandar.
Adakah makanan halal disediakan sepanjang percutian?
Ya. Semua restoran yang dipilih adalah halal atau Muslim-friendly. Kami juga akan bantu jemaah mencari alternatif halal semasa waktu bebas.
Siapa yang akan pimpin atau bantu sepanjang percutian?
Setiap perjalanan disertai oleh pemandu pelancong Muslim yang berpengalaman. Mereka akan menguruskan logistik, memberi penerangan dan membantu sepanjang lawatan.
Boleh request bilik private untuk pasangan atau keluarga?
Ya. Terdapat pilihan bilik berdua, bertiga atau sebilik keluarga. Sila nyatakan semasa tempahan.