Tahukah anda, umrah yang tak sah boleh dielakkan. Ini perkongsian mutawif Andalusia Travel bagi syarat wajib umrah & syarat sah umrah untuk lelaki dan wanita yang terkini.
- Syarat sah Umrah ialah perkara asas menentukan ibadah diterima & sebaliknya
- Salah faham menjadikan ibadah Umrah tidak sah walaupun lengkap rukun umrah
- Ramai jemaah Malaysia masih keliru antara syarat wajib Umrah dan syarat sah Umrah
- Anda wajib fahami panduan khusus untuk jemaah lelaki vs wanita tentang ibadah Umrah
Apa Maksud “Syarat Sah Umrah”?
Umrah adalah ibadah ziarah ke Baitullah di Mekah yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Dalam Islam, hukum umrah adalah wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. Sebagaimana firman Allah SWT ;
“Dan sempurnakan ibadat haji serta umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah 2: 196).
Bagi memastikan ibadah ini diterima, syarat sah umrah merujuk kepada keperluan asas yang mesti dipenuhi agar ibadah umrah dikira sah di sisi Allah SWT.
Salah Faham dan Realiti Jemaah Malaysia
1. Dah sampai Tanah Suci, dah pasti sah
Ini salah faham yang berbahaya. Umrah hanya sah jika semua syarat dan rukun dipenuhi.
Contohnya, melepasi miqat tanpa niat ihram boleh menjejaskan ibadah.
2. Syarat Umrah sama seperti Haji
Tidak sepenuhnya. Walaupun ada persamaan, Haji mempunyai rukun tambahan seperti wukuf, mabit dan melontar jamrah yang tiada dalam umrah. Mengelirukan syarat kedua-duanya boleh menyebabkan kesilapan ibadah.
3. Wanita bawah 45 tahun mesti ada mahram
Ini dasar lama dari Kerajaan Arab Saudi. Terkini, wanita boleh menunaikan umrah tanpa mahram jika berada dalam kumpulan yang sah. Namun, dari sudut fiqh, isu ini masih mempunyai khilaf dan perbezaan pandangan di kalangan ulama.
4. Umrah masa kecil tak perlu ulang
Kurang tepat. Umrah kanak-kanak adalah sah, tetapi kewajipan bermula semula selepas baligh jika ada kemampuan masa, tenaga dan kewangan..
5. Orang tua uzur tidak perlu umrah
Jika anda tidak mampu secara fizikal tetapi mampu kewangan, anda boleh melakukan badal umrah (wakil) mengikut keadaan.
Realiti Sebenar
Syarat sah umrah bukan halangan, tetapi panduan untuk memastikan ibadah diterima. Persediaan ilmu sebelum berangkat adalah kunci kepada umrah yang sah dan sempurna.
Data & Realiti Jemaah Malaysia
Data Malaysia
- Menurut laporan MOTAC, antara punca utama aduan umrah adalah kekurangan kefahaman tentang syarat dan pelaksanaan ibadah.
- Lebih 200 aduan penipuan umrah direkodkan dari 2024 hingga Mei 2025, melibatkan kerugian lebih RM3.6 juta. Sebahagian kes berpunca daripada jemaah yang berangkat tanpa persediaan ilmu yang mencukupi, sehingga menjejaskan kesempurnaan ibadah.
Data Arab Saudi
- Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi merekodkan lebih 13.5 juta jemaah umrah pada 1445H/2024. Bagi menguruskan jumlah jemaah yang besar, sistem Nusuk kini digunakan sebagai platform rasmi untuk tempahan slot tawaf.
- Jemaah tanpa tempahan mungkin tidak dibenarkan masuk ke kawasan tawaf pada waktu puncak.
Oleh itu, jemaah jemaah dituntut untuk membuat persediaan ilmu, perancangan rapi, dan pematuhan peraturan semasa bagi memastikan ibadah berjalan lancar dan sempurna.
Syarat Wajib Umrah
Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun tanpa waktu khusus. Untuk memastikan ibadah sah, menjadi kewajipan bagi jemaah untuk memenuhi 5 syarat wajib umrah:
- Merdeka : Bukan hamba abdi
- Islam : Hanya diwajibkan ke atas orang Islam
- Berakal : Tidak wajib bagi yang tidak sempurna akal atau orang gila
- Baligh : Cukup umur, tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak yang belum mumaiyiz
- Mampu (Istita’ah): Sihat tubuh badan, cukup kewangan, dan laluan perjalanan yang selamat.
Rukun Umrah (Pelaksanaan)
Merujuk kepada perkara yang mesti dipenuhi semasa pelaksanaan Umrah agar ibadah tersebut dikira sah di sisi syarak. Syarat ini berkait rapat dengan kesempurnaan rukun Umrah.
Rukun umrah seperti berikut:
Pelaksanaan |
Penerangan Ringkas |
| Niat Ihram di Miqat | Niat ihram mesti dibuat di miqat. Jika melepasi tanpa niat → wajib dam (seekor kambing)
Miqat bagi jemaah Malaysia: Jemaah yang terbang terus ke Jeddah berniat ihram di atas kapal terbang apabila melepasi kawasan Qarnul Manazil (Yalamlam) biasanya anak kapal terbang akan membuat pengumuman. Jemaah yang melalui Madinah dahulu akan berniat ihram di Masjid Bir Ali (Zulhulaifah). Niat Umrah: “نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلهِ تَعَالَى” Maksud: “Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala” |
| Tawaf | Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan mengikut arah lawan jam bermula di Hajar Aswad dan menjadikan Kaabah di sebelah kiri.
Jika mampu ucapkan: “Bismillah, Allahu Akbar” Penuhi syarat wajib Tawaf antaranya suci daripada hadas dan najis, menutup aurat, cukup 7 pusingan, bermula dan berakhir di garisan Hajarul Aswad dan lain-lain. |
| Sa’ie | Dilakukan selepas tawaf, bermula dengan berjalan di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah sebanyak 7 kali. |
| Tahallul | Bergunting/cukur rambut selepas Sa’ie. Tanpa tahallul, jemaah masih dalam larangan ihram. |
| Tertib | Melakukan semua rukun umrah ikut turutan: Niat ihram → tawaf → sa’ie → tahallul. Tidak boleh diubah. |
Wajib Umrah
Wajib Umrah adalah perkara wajib yang dilakukan ketika mengerjakan umrah. Jika tidak dilakukan. Umrah tetap sah tetapi dikenakan dam. Perkara wajib umrah adalah:
- Berniat ihram di miqat
- Meninggalkan pantang larang ihram
Rujuk ringkasan untuk pemahaman yang lebih jelas tentang pelaksanaan ibadah Umrah.

Syarat Khusus Untuk Jemaah Wanita
Jemaah wanita perlu memahami beberapa perkara penting, khususnya berkaitan mahram dan keadaan diri.
Hal berkaitan Mahram
Kini, wanita dibenarkan menunaikan umrah tanpa mahram oleh pihak Arab Saudi, dengan syarat berada dalam kumpulan yang teratur melalui agensi berdaftar.
“Dari sudut fiqah (Mazhab Syafi’i), wanita juga dibenarkan tanpa mahram jika bersama rombongan yang dipercayai dan selamat.”
Dalam amalan di Malaysia, wanita yang pergi melalui agensi berlesen dianggap memenuhi syarat ini.
Namun, jika ingin pergi secara sendiri, disarankan untuk merujuk pihak berautoriti terlebih dahulu bagi memastikan ibadah dilakukan dengan betul.
Isu Haid Semasa Umrah
Wanita yang mengalami haid semasa umrah perlu memahami beberapa situasi penting dan pelaksanaannya:
- Ihram : Boleh berniat ihram
- Tawaf : Perlu menunggu sehingga kitaran tamat dan kemudian mandi wajib sebelum meneruskan tawaf
- Sa’ie : Tidak boleh melakukan Sa’ie sebelum mengerjakan tawaf. Harus suci daripada haid. Sekiranya datang haid selepas selesai kesemua 7 pusingan tawaf, maka dibolehkan untuk Sa’ie.
- Tahallul : Boleh dilaksanakan setelah semua pusingan tawaf dan Sa’ie lengkap.
Walaubagaimanapun, niat bersyarat (niat ihram bersyarat) yang dilakukan sebelum ihram boleh melepaskannya dari larangan ihram.
Jemaah perlu berbincang dengan mutawif tentang perkara ini sebelum berangkat termasuk pengambilan ubat tangguh haid.
Berikut adalah panduan niat bersyarat untuk wanita yang mengalami haid semasa umrah sebagai rujukan:

Syarat Khusus Untuk Jemaah Lelaki & Wanita
Larangan ini bermula sebaik sahaja seseorang itu berniat ihram di Miqat dan berakhir setelah melakukan Tahallul. Jika mana-mana larangan ini dilanggar secara sengaja, jemaah diwajibkan membayar dam (denda) mengikut kategori pelanggaran tersebut.

“Kita nak yang berlesen, berautoriti dan yakin pemergian jemaah itu terpelihara dan diberi bimbingan serta penjagaan yang mencukupi. Jangan bandingkan harga kerana kebanyakan orang kejar harga murah tapi tertipu. Kita bagi harga sederhana dan jemaah seronok semasa pergi dan balik.” (Utusan Malaysia, 1 Januari 2025.
Soalan Lazim Tentang Syarat Sah Umrah
1. Jika melepasi miqat tanpa ihram, apa perlu buat?
Jika sedar sebelum sampai Mekah, kembali ke miqat untuk berniat tanpa dam. Jika sudah masuk Tanah Haram, terus berniat di lokasi semasa dan wajib bayar dam (seekor kambing).
2. Bolehkah buat umrah bagi pihak orang lain (badal)?
Boleh, jika individu tersebut tidak mampu secara kekal atau telah meninggal dunia. Wakil mesti sudah menunaikan umrah sendiri terlebih dahulu.
3. Jika wanita datang haid selepas ihram, apa perlu dibuat?
Tidak boleh keluar ihram dan menjaga larangan ihram. Hanya tawaf tidak boleh dilakukan sehingga suci, tetapi ibadah lain boleh diteruskan.
4. Apa itu niat bersyarat dalam ihram?
Niat bersyarat ialah menambah syarat dalam ihram sekiranya tidak mampu menyempurnakan ibadah. Sesuai untuk jemaah berisiko seperti wanita bimbang haid atau masalah kesihatan.
Kesimpulan
Memahami syarat sah umrah adalah langkah pertama menuju umrah yang maqbul. Ia bukan sekadar perjalanan, tetapi panduan praktikal yang melindungi ibadah daripada kesilapan yang boleh dielakkan.
Oleh itu, umrah yang baik bermula dengan ilmu yang betul. Dengan persediaan dan bimbingan mutawif berpengalaman, dan agensi berlesen adalah keperluan untuk memastikan umrah anda sah, selamat, dan diberkati.
Rujukan :
- Tabung Haji Malaysia, “Panduan Ibadah Umrah & Haji”, terkini 2025. Akses: https://www.tabunghaji.gov.my/
- MOTAC, “Semakan Lesen Agensi Pelancongan Umrah”, terkini 2025. Akses: https://www.motac.gov.my/semakan/umrah
- RTM Berita, “RM3.6 juta kerugian kes penipuan umrah sejak 2024”, 5 Ogos 2025. Akses: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/rm3-6-juta-kerugian-kes-penipuan-umrah-sejak-2024
- Utusan Malaysia, “Andalusia tawar pakej umrah serendah RM5,990”, 1 Januari 2025. Akses: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/01/andalusia-tawar-pakej-umrah-serendah-rm5990/
- Kosmo Digital, “Pakej Umrah Khas Andalusia tawar lebih keistimewaan”, 20 April 2025. Akses: https://www.kosmo.com.my/2025/04/20/pakej-umrah-khas-andalusia-tawar-lebih-keistimewaan/
- Harakahdaily, “Kerjasama Andalusia-RHB Islamic, mudahkan tunai umrah”, 19 April 2025. Akses: https://harakahdaily.net/index.php/2025/04/19/kerjasama-andalusia-rhb-islamic-mudahkan-tunai-umrah/
- AkuIslam.com, “Panduan Umrah: Tata Cara Mengerjakan Umrah Lengkap”, Januari 2026. Akses: https://akuislam.com/haji-umrah/panduan-umrah/
- Ministry of Hajj & Umrah Saudi Arabia, “Nusuk Platform”, terkini 2025. Akses: https://www.nusuk.sa/
- JAWHAR, “Panduan Haji dan Umrah”, Januari 2024. Akses: https://www.jawhar.gov.my/en/hajj-and-umrah/hajj-and-umrah-guidelines/
- Andalusia Travel & Tours, “Perutusan Dato’ Ustaz Haji Md Daud Che Ngah”, terkini. Akses: https://www.umrah-ziarah.com/perutusan.php
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh:
Dato’ Md. Daud Che Ngah, bekas perawi sirah Nabi di Radio RTM, ahli Forum Perdana, penulis di Utusan Malaysia dan Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours.




