6 Beza Visa Umrah & Visa Pelancong Untuk Umrah (Edisi 2026)

Anda takut terkandas sebab salah mohon visa umrah ke Arab Saudi? Jangan risau. Andalusia Travel kongsikan secara lengkap perbezaan di antara Visa Umrah & Visa Pelancong. Baca di sini.

  • Beza Visa Umrah & Visa Pelancong untuk ibadah di Tanah Suci
  • Terdapat jemaah keliru sehingga menjejaskan sah perjalanan umrah 
  • Salah guna visa pelancong tanpa faham prosedur Nusuk dan hukum fiqh
  • Fahami panduan kerajan Arab Saudi dan pilih saluran sah melalui agensi berlesen
  • Kemaskini maklumat terkini mengenai permit visa pelancong dengan syarat tertentu 

Apa itu Visa Umrah & Visa Pelancong

Ketenangan dan fokus ibadah umrah sebenarnya bermula sebelum anda sampai ke Tanah Suci lagi. Namun ianya bermula dengan satu keputusan penting iaitu pilihan visa umrah.

Ramai jemaah ingat ini sekadar soal harga, tetapi sebenarnya ia melibatkan keselesaan, perlindungan, dan kelancaran ibadah sepanjang di Tanah Suci. Sebab itu di Andalusia Travels, kami tekankan pemahaman ini dari awal lagi.

Secara ringkasnya, “Visa Umrah”  merujuk kepada izin khusus untuk ibadah umrah &  ziarah, biasanya diurus agensi bertauliah. Manakala “Visa Pelancong” (e-tourist) bermaksud kebenaran masuk untuk tujuan pelancongan dan lawatan am tapi dalam masa yang sama dibolehkan untuk melaksanakan Umrah.

Manfaat Visa Umrah & Visa Pelancong

Salah Faham & Realiti di Malaysia

Ramai rakyat Malaysia masih keliru tentang beza visa umrah dan visa pelancong. Di Andalusia Travels, kami sering ingatkan satu perkara penting iaitu ibadah bermula dari niat, tetapi kesempurnaannya bergantung pada persediaan. Namun, masih wujud stigma dan mitos berkaitan hal ini : 

Visa pelancongan lebih ‘fleksibel’

Hakikatnya, lebih banyak risiko dari segi logistik, tempahan dan akses ibadah.

Visa umrah mahal tanpa sebab  

Sebenarnya kos tersebut termasuk pengurusan, bimbingan mutawif dan perlindungan jemaah 

Semua orang boleh buat umrah sendiri tanpa ilmu

Ini paling berisiko kerana kesilapan kecil boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah 

Realiti Sebenar tentang Umrah 

Permintaan umrah meningkat selepas pandemik. Ada jemaah pilih visa pelancongan kerana fleksibel, tetapi perlu semak lesen agensi di MOTAC untuk elak risiko. 

Data Visa Umrah Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi menyasarkan 30 juta jemaah umrah menjelang 2030. Penggunaan aplikasi Nusuk diwajibkan bagi kedua-dua jenis visa bagi tempahan slot umrah dan Raudhah.

Jumlah jemaah umrah pada suku ke-3 tahun 2025 sebanyak 10.97 juta (10,969,639). Daripada jumlah ini, sekitar 4.32 juta merupakan jemaah luar Arab Saudi, manakala 6.65 juta adalah jemaah domestik

Justeru, adalah penting untuk memastikan persediaan bukan hanya dari sudut kewangan, tapi pemahaman yang jelas untuk memastikan perjalanan Umrah yang maqbul.

Memahami Perbandingan Visa Umrah & Visa Pelancong

Memahami perbezaan antara Visa Umrah dan Visa Pelancong adalah kritikal dalam merancang perjalanan ibadah yang lancar dan sempurna. Berikut adalah perincian aspek perbezaan yang perlu diketahui: 

Pemilihan antara kedua-dua visa ini bergantung kepada tahap pengalaman anda.

Bagi jemaah pertama kali (first-timer), Visa Umrah melalui agensi adalah lebih selamat dan terjamin kerana adanya bimbingan serta perlindungan jika berlaku kecemasan seperti isu jemaah terkandas yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

 

Ketelusan Agensi adalah Keutamaan

Pada Januari 2025, seramai 150 jemaah Malaysia yang terkandas selepas menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan umrah diberi peluang kedua untuk menunaikan umrah bersama Andalusia. Menurut kenyataan Pengerusi Eksekutif Andalusia Travels & Tours:

Ini bagi memberi maklumat serta kesedaran kepada orang ramai supaya memilih agensi pelancongan yang mempunyai lesen dan latar belakang kukuh bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” Dato’ Md. Daud Che Ngah. (Sumber: Harian Metro, 29 Januari 2025)

Soalan Lazim Visa Umrah & Visa Pelancong

Bolehkah saya guna Visa Pelancong untuk buat Umrah berkali-kali?

Ya, boleh. Visa pelancong (Multiple Entry) membenarkan anda masuk berkali-kali dalam tempoh setahun. Namun, setiap kali ingin melakukan umrah (memakai ihram), anda tetap wajib memohon slot dalam aplikasi Nusuk.

Apakah beza insurans Visa Umrah & Visa Pelancong?

Insurans Visa Umrah merangkumi perlindungan lebih luas dan menyeluruh termasuk bantuan kecemasan yang diiktiraf oleh Kementerian Haji. 

Insurans Visa Pelancong bersifat umum untuk kecemasan perubatan. Jemaah mungkin membayar deposit di hospital swasta tertentu terlebih dahulu sebelum membuat tuntusan.

Mana lebih selamat untuk first timer?

Visa umrah melalui agensi lebih selamat kerana ada bimbingan dan sokongan logistik dari pihak agensi.

Risiko terbesar visa pelancongan?

Gagal tempah slot umrah atau Raudhah kerna perlu bersaing secara individu, tersalah miqat dan tiada sokongan jika berlaku masalah.

Adakah Visa Pelancong dibenarkan untuk Haji?

Visa pelancong sama sekali tidak sah digunakan untuk menunaikan ibadah Haji  bagi mengurangkan kepadatan dan memberikan keutamaan penuh kepada jemaah yang memiliki visa Haji yang sah.

Kesimpulan

Memahami beza Visa Umrah & Visa  Pelancong adalah langkah pertama menuju umrah yang tenang. Jika anda mahukan kebebasan dan sudah biasa menguruskan perjalanan sendiri, visa pelancong mungkin pilihan anda.

Namun, jika anda mengutamakan keselamatan, bimbingan ibadah yang sahih, dan kebajikan terjaga, mengerjakan umrah dengan Visa Umrah melalui agensi berpengalaman adalah jalan terbaik.

 

Rujukan : 

  1. Malaysia Gazette, Jemaah umrah Andalusia dalam keadaan tenang, selamat – Daud, 02-03-2026. Akses: (https://malaysiagazette.com/2026/03/02/jemaah-umrah-andalusia-dalam-keadaan-tenang-selamat-daud/
  2. Ministry of Hajj & Umrah Saudi Arabia, Umrah and Visit Guide, 10-01-2026. Akses: (https://haj.gov.sa/en/Awareness-Center/Awareness-Guides/Umrah-and-Visit-Guide)
  3. Ministry of Hajj & Umrah Saudi Arabia, 30 Million Users of the Nusuk Application from 190 Countries, 10-01-2026. Akses: (https://haj.gov.sa/en/Media-Center/Ministry-News/Ministry-of-Hajj-and-Umrah-30-million-users-of-the-Nusuk-application-from-190-countries-around-the-w)
  4. MOTAC, Senarai Agensi Pelancongan Umrah Berlesen, 01-01-2026. Akses: (https://www.motac.gov.my/kategori-semakan-new/agensi-pelancongan-umrah/)
  5. BERNAMA, Kementerian Haji Arab Saudi keluar amaran visa pelancong bukan untuk haji, 15-03-2026. Akses: (https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2419643)
  6. General Authority for Statistics Saudi Arabia, Umrah Statistics Q3 2025, 01-01-2026. Akses: (https://www.stats.gov.sa/documents/20117/2435281/Umrah+Statistics+Q3+2025-EN.pdf/ffb94636-7788-324f-bcbe-706adf766f88?t=1772700721704

 

Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh:

Dato’ Md. Daud Che Ngah, merupakan bekas perawi sirah Nabi di Radio RTM, ahli Forum Perdana, penulis di Utusan Malaysia dan Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours

Kongsikan, moga jadi manfaat bersama.

WhatsApp
Facebook
Telegram
X